Sunday, October 23, 2016

DARI SEORANG MAKHLUK BERNAMA LELAKI


Jom share ngan aku cite ni..

teringat pasal satu story...
seorang lelaki balik rumah...
dia jadi hairan giler..
halaman rumah berselerak..
surat di peti pos tak berambil,
anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor,
baju compang camping,
penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat,
tak bermandi,


masuk ke pintu rumah,
lagi lelaki tu terkejut...
ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .
sepi tiada jawapan masuk ke dapur..


sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air,
baju masih belum berbasuh,
apatah lagi berendam.
Lelaki itu cemas mencari isterinya..
dia bergegas ke tingkat atas,
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

"awak sakit ke?"tanya lelaki itu..

"tak lah", jawab isterinya ringkas

"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni",
tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya,
kot-kot isterinya demam...

balas isterinya
"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar,
abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah,
duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat,
dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.
NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa,
biarkan mereka terus membebel,
merengek atau mengilai seperti pontianak.
Seburuk-buruk perangai wanita,
ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true.
To share.. Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home,
rumah boleh jadik porak peranda.
Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.
Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty,
sure at times boleh membuat kepala berserabut.
Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini.
Boleh buat apa yang kita suka.
Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata, FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",
aku pulak terasa separuh mati.
Sehari dua memanglah shiookkkk,
no once shouting from the kitchen for help,
no one to komen this and that,
no one to criticise.
Everything will be smooth...

Tapi, masuk hari ketiga,
I felt something is missing.
Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' ,
tak tahu mana nak carik yang baru.
Colgate gigi dah abis,
tak tahu kat mana dia stock up.
Air suam dah abis,
malas nak boil...

Masuk hari ke-4,
rindu mula terasa.
Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,
wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati.
Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,
forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam,
semuanya jadi tak tentu arah.
Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite.
Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor,
fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...
lantai dah berbelak,
tak dimop...
Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly...
bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.
Jangan kata sebulan atau setahun....
belum seminggu isteri takde kat rumah,
aku dah terasa separuh pengsan.


Bila bersendirian begini, dan terasa malam begitu dingin,
barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...
begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..


So guys out there...
jgn buli isteri kita.
Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah.
Bukan dok depan TV every weekend baca paper.
Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?!
Maid ker?!!
Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita...
Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!


And furthermore,
kan sama2 keja carik rezeki,
sama jugak lah buat keja rumah.
Kadang2 bila poket kita sesak,
tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit.
Tak kesian ker nengok bini kita?
Dah ler satu hari keja kat office,
balik kena buat keja rumah lagi...
penat tau!!
Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...
tak rela!!!

So to all mums and wives out there...
life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu?
I dunno lah anak-anak sekarang,
tetapi when i was small,
sekiranya emak tiada,
semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah,
hidup bagaikan dah tak bermakna.
Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around,
for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,
boleh pecah eardrums.
And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut.
Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde,
BangZaiiiiii! !!
MerdeKa!!!
FreeDoMmmmmm! !!
Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja,
boleh tido rumah kawan,
boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata,
boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last.
Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan.
Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak.
Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village".
Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai,
sebenarnya penyeri rumah.
Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...
Without mum, hidup ni tak ada cabaran,
not challenging,
no suspense.
Balik kul braper pun, takde orang nak membebel,
takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised,
jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga.
Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Sekian terima kasih.


Sumber : PUSAT SUMBER :)

DENGAN SEGELAS SUSU


Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu.
Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana sini dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga sangat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih.
Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu.
Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi.
Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan,
dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air.
Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.




Dia bukan membawa segelas air,
sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

Berapa harga susu ini? 
Tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Oh, percuma!
Tak perlu bayar.
Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan.

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut.
Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,
kata pemuda tersebut,
disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan.
Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran,
walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik.
Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan.
Seorang doktor dipanggil.





Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya,
doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.
Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,
Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan.





Kini masanya untuk membalas jasa.
Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut.
Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama.
Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya.
Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan.
Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai.
Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut,
kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya.
Setelah itu dia menurunkan tandatangannya.
Bil itu dihantar ke alamat yang tertera,
iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut.
Helaian demi helaian dibeleknya,
ternyata jumlahnya terlalu besar.
Dia tidak mampu membayarnya.
Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun,
belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah jumlah yang menakutkan terus terpapar,
hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya.
Tulisan itu berbunyi…
"Sudah Di Bayar Dengan Segelas Susu."

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943),
salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

SAYANGI ISTERI ANDA SEPANJANG WAKTU






Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,
sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku.
Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak.
Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.
Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Bijaksana telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air,
berus gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,
pada masa yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar pula suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kemudian kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.
Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan
dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyukkk untuk dicuci dengan mesin taip "ehh tersyasyull" mesin basuh sehingga selesai dan dijemur.

Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak,
beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.

Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Kemudian angkat kain di jemuran.




Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.

Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.

Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,
pastu cuci pinggan mangkuk,
pastu mandikan anak yang masih kecil,
pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah lemah longlai...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan.
Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.





Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung
tertidur.......
tak pasti pukul berapa. ..
Setelah terjaga sebelum dinihari,

Mat segera bangun dan berdoa semula,
"Ya Tuhanku.
Barulah kini aku tahu....
Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula.
Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri.
Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah.
Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???...
9 bulan 10 hari??? ..... Beranaaak???....... Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!








~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni.
Kan Nab nie pompuan.
Tentulah abang yang jadi suami.....
Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh...
Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita :

Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
jadi kepada sesiapa yang bergelar suami di luar sana hargailah isteri anda..


Thursday, October 20, 2016

IA SAMA SEPERTI HIDUPMU



Di sebuah lereng bukit,
terletak sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Permai Sentosa.
Penduduk kampung ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

Di hujung kampung tersebut, di kawasan tanah tinggi,
tinggal seorang lelaki tua yang bernama Pak Ali
Pak Ali tinggal berseorangan di rumah yang besar dan indah itu sejak kematian isterinya 7 tahun yang lalu.



Pak Ali sangat terkenal dengan kebaikan dan kebijaksanaannya.
Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat luas mengenai apa sahaja.
Beliau mahir bertutur dalam 9 bahasa,
pernah menjelajah hampir keseluruh dunia dan sangat disegani oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Satu perkara yang membuat Pak Ali dikagumi oleh semua orang ialah,
beliau tidak pernah salah dalam menjawab apa apa jenis soalan.
Beliau tahu menjawab semua soalan berkenaan falsafah,
sains, matematik, politik mahupun mengenai perkara perkara yang tidak terdaya difikirkan oleh akal.

Ramai penduduk kampung yang telah mencuba untuk menyoal Pak Ali dengan soalan yang paling susah.
Namun, Pak Ali tetap dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah dan betul.





Pada suatu hari, kelihatan seorang remaja sedang berlari lari ke arah kawasan kebun kelapa.
Remaja itu ialah Rahman.
Rahman berusia 16 tahun, anak yatim piatu dan tinggal bersama neneknya berhampiran dengan sungai kampung Permai Sentosa.




Rahman adalah seorang yang pemarah dan bengis.
Dia bosan dengan kehidupannya yang agak susah.
Dia sentiasa membandingkan betapa bertuahnya orang orang yang dilahirkan mewah dan dikelilingi sanak saudara yang ramai.

Dia sering menyalahkan takdir di atas kesusahannya.
Persoalan yang sering ditanyakan kepada dirinya sendiri ialah, mengapakah dunia ini tidak adil?
Mengapa orang tidak mahu membantu aku untuk hidup senang?
Kenapa anak anak orang yang kaya sahaja yang boleh berjaya?

Rahman berlari dengan agak laju.
Dia kelihatan seolah olah tidak sabar untuk menceritakan sesuatu yang sangat menarik kepada kawan kawannya.

Kawan-kawan…
aku ada berita baik ni…
kata Rahman termengah mengah.

Apa dia? 
Balas Haikal yang tidak sabar ingin tahu.
5 kawan Rahman yang lain turut sama mengelilingi Rahman,
bersungguh sungguh mahu mendengar cerita Rahman.

Aku dah ada cara nak bagi Pak Ali salah dalam menjawab soalan,
kata Rahman sambil tersenyum.
Dia masih lagi cuba menghilangkan rasa penatnya kerana berlari terlalu laju tadi.

Kawan kawan Rahman semuanya terdiam.
Haikal ternganga.
Rahim dan Kasim terkebil kebil memandang ke arah Rahman.
Sabri, Zamri dan Farid tersengih sengih seolah tidak mempercayai apa yang telah diucapkan oleh Rahman itu.

Apa kau nak buat? soal Zamri.

Kau semua tengok sini, kata Rahman sambil membuka sedikit genggaman tangan kanannya. 
Kelihatan seekor anak burung pipit di genggaman Rahman.
Anak burung itu sudah cukup dewasa untuk terbang,
namun ia tidak mampu berbuat apa apa di genggaman Rahman.





Kau nak buat apa dengan anak burung tu? tanya Farid kehairanan.

Dengar sini. Kita akan bawa burung ni berjumpa dengan Pak Ali.
Aku akan simpan burung ni dalam genggaman aku supaya Pak Ali tak boleh tengok apa yang aku genggam.
Lepas tu aku akan tanya Pak Ali,
adakah burung di dalam tangan aku ni masih hidup atau sudah mati,
jelas Rahman dengan penuh semangat.

Kalau Pak Ali kata burung ni dah mati,
aku akan akan lepaskan burung ni dan biarkan ia terbang.
Pak Ali akan salah.
Kalau dia kata burung ni masih hidup,
aku akan genggam burung ni kuat kuat sampai hancur tulangnya dan mati.
Pak Ali akan salah juga, jelas Rahman lagi.

Jadi, apa-apa jawapan Pak Ali pun, dia akan tetap salah?
soal Sabri yang masih tidak pasti akan tujuan sebenar Rahman.

Tepat sekali. Hari ni, kita akan buktikan yang Pak Ali tu tidaklah sehebat yang kita sangkakan,
kata Rahman sambil ketawa.
Kelihatan wajah Rahman seolah dipenuhi perasaan dengki dan dendam terhadap Pak Ali yang kaya dan ternama itu.

Mari kita pergi, kata Rahman lagi.
Mereka semua pun berlari dengan pantas ke arah hujung kampung.
Terbayang kegembiraan di hati masing masing kerana mereka akan menempa sejarah di kampung Permai Sentosa itu.

Di rumah Pak Ali, pintu rumahnya sudah terbuka.
Dari jauh lagi Pak Ali sudah ternampak Rahman dan kawan kawannya berlari menuju ke arah rumahnya.
Pak Ali hanya tersenyum.
Beliau tahu yang beliau akan diuji sebentar lagi.

Rahman dan kawan-kawannya sampai di halaman rumah Pak Ali.
Pak Ali berdiri tenang di hadapan pintu rumahnya sambil tersenyum.
Rahman tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi lalu bersedia untuk bertanya kepada Pak Ali.

Pak Ali! jerit Rahman sambil tersenyum bangga.
Saya ada satu soalan untuk Pak Ali, kata Rahman lagi.

Silakan Rahman, jawab Pak Ali tenang.

Di dalam genggaman saya,
ada seekor anak burung.
Kalau Pak Ali benar benar handal,
beritahu kami, adakah burung ini masih hidup ataupun sudah mati,? soal Rahman.

Dia kelihatan tersenyum puas kerana dia tahu Pak Ali pasti akan malu besar hari ini.

Pak Ali hanya diam.
Dia merenung ke arah Rahman dan kawan kawannya.
Dia kelihatan seolah sedang berfikir.
Namun, Pak Ali tetap kelihatan tenang.

Seketika selepas itu, Pak Ali tersenyum.
Rahman dan kawan kawannya semakin berdebar menanti jawapan Pak Ali.
Benarkah hari ini adalah hari yang akan memalukan Pak Ali?
Apakah Rahman akan menjadi orang pertama yang membuktikan bahawa Pak Ali sebenarnya hanya indah khabar dari rupa?

Pak Ali maju ke depan beberapa langkah.
Kemudian Pak Ali pun berkata,
Rahman, hidup atau mati burung itu adalah terletak di tangan kau sendiri.
Ia sama seperti hidupmu.
Berjaya atau tidak, terletak ditangan kau sendiri, bukan orang lain.

Rahman terdiam.
Begitu juga dengan kawan kawannya.
Perlahan-lahan muka Rahman menjadi merah.
Dia keliru, perlukah dia merasa marah?
Perlukah dia akui kebijaksanaan Pak Ali?

Rahman mula faham apa yang dikatakan oleh Pak Ali.
Benar kata Pak Ali, hidup atau mati burung itu terletak ditangannya sendiri.
Rahman merasa malu namun dia terasa seolah dia telah mempelajari sesuatu daripada apa yang terjadi.

Dia faham maksud Pak Ali.
Selama ini,
Rahman sentiasa menyalahkan orang lain di atas kelemahan dan kesalahan dirinya sendiri.
Sekarang dia faham bahawa,
tidak ada sesiapa yang dapat menentukan kejayaanya melainkan dirinya sendiri.

Perlahan lahan Rahman maju ke depan.
Dia membuka genggamannya.
Lalu anak burung Pipit itu pun terbang dengan bebas menuju ke arah hutan.

Mata Rahman hampir bergenang dengan air mata.
Dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Pak Ali.
Kawan-kawan Rahman masih kaku.
Perlahan-lahan Rahman meninggalkan tempat tersebut.
Kawan-kawan Rahman menyusul dibelakang tanpa sepatah kata.

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...