Monday, June 26, 2017

RESEPI WESTERN HOMEMADE BEEF BURGER




Bahan

1 kg Daging kisar @ minced beef ( pastikan ada campuran lelemak daging lembu )

2 sudu besar Serbuk Lada Sulah

1 sudu kecil serbuk lada hitam

6 ulas bawang kecil cincang

Sedikit garam sebagai perasa

2 sudu kecil Westershire sos ( jika tiada tidak mengapa )

1 sudu besar serbuk Stok Daging ( sebagai agen pengawet )

Bahan mum relish

1 biji Bawang merah dimayang

2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil cuka epal

Condiments- 

1/2 btg timun jeruk @ gerkin

Sepotong keju cheddar

Sepotong kaje edam

Sedikt keju Parmesan

Mixed salad

1 sudu besar honey mustard

Burger bun

French fries ( digoreng )

Cara Penyediaan :

Buat beef patties : 
Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, 
uli sehingga sebati, 
kemudian timbangkan patties daging burger bakar 166gm setiap satu, 
anda akan dapat 6 keping.
Kepalkan dengan membentuk bulat danleperkan sedikit, 
simpan dalam plastic atau dalam bekas container pastikan freezer dahulu, 
sekiranya ingin terus grill juga boleh.

Buat mum relish : 
masak gula atas pan sehingga bubbling, 
masukkan potongan bawang , 
kacau sehingga caramalized.
matikan api campurkan cuka epal.
Sejukkan sebelum digunakan

Susunkan burger anda menggunakan condiment yg ada.
* Pastikan ketika anda grill patties hampir masak susun keju2 dipermukaannya.


Platting - burger & fries.. ( anda boleh juga jadikan ia open burger - crown bun diasingkan )


*Sumber*

http://chefgunawanmalaysia.blogspot.my/p/resepi-percuma.html

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...