Sunday, December 25, 2016

ERTI SEBUAH KEHIDUPAN


~~~
Di dalam sebuah kelas falsafah, 
seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah,
meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan,
kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya,
adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!".

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut.
Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya,
profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh.
Dalam keadaan yang penuh persoalan,
rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu,
profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf,
batu kerikil dan pasir tersebut.
Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir.
Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang...",
profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

"Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting -
Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda,
kawan-kawan dan semangat anda -
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda,
manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain,
yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..."

"...
anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf.
Ini sama juga seperti kehidupan anda.
Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."

"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.
Luangkan masa gembira untuk anak-anak.
Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan,
bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti,
anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.
Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan.
Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.
Profesor tersebut tersenyum.

"Saya gembira ada yang bertanya.
Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda,
akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

~
Renungan untuk semua.
Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi,
ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... 

HAKIM AMERIKA PERTAHAN ISLAM DI MAHKAMAH



~
Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas. 
Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam.
Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan.
Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.

Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas.
Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama.
Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal, Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “
"People Want to Know, so Koran is Bestseller,"
penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911.
Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam,
John Esposito menyatakan “
kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik kisahnya.
Ia melibatkan seorang Islam,
Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween.
Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut.
Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu (harrassament) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan dihadapan Hakim Daerah,
Mark Martin.
Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau.
Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam.
Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini..
Saya ingin mencabar kamu tuan (lelaki Athiest tersebut) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang telah mati.
Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang lain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut.
Di dalam masyarakat kita (Amerika) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama.
Amat malang setengah orang mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja.
Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu.
Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka, yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest (tidak percaya agama) – tetapi kamu harus faham bahawa Islam bukan sekadar agama.
Islam adalah cara hidup dan budaya mereka.
Islam adalah segala-galanya bagi mereka (orang Islam).
Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah.
Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu harus berusaha untuk melakukan haji.
Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum,
wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata
“Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku.
Inilah tata cara kehidupan mereka.
Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti.
Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak,
kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain.
Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” (Amerika yang hodoh).
Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

Begitulah sedikit sketsa yang berlaku di amerika,
Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan,
seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut,
“Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam - iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang - sebelum beliau diperintah keluar dari syurga, siapakah kamu (majikan) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”

~~~
http://www.youtube.com/watch?v=Sv9IyrpOnbs&feature=player_embedded#!

~~~

http://www.jewishjournal.com/thegodblog/item/zombie_muhammad_judge_suggests_free_speech_at_risk_when_people_speak_too_fr/

Monday, November 14, 2016

PERKARA - PERKARA YANG TIDAK DI SUKAI ISTERI

(1)
Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

(2)
Suka letak barang merata-rata

(3)
Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje )

(4)
Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) -
Kena bertolak ansur sebab isteri kadang-kadang penat menjaga anak dan rumah.

(5)
Tak pernah menghargai kasih sayang isteri.
Jangan sebelum kawin saje romantik lepas kawin semua lupa.
Kadang-kadang isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari suami.
Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati si isteri bahagia.

(6)
Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari-hari yang bermakna buat kamu berdua.
Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri.
Walaupun hanya seungkap kata.
Gembira rasanya si isteri apabila si suami mengingati hari-hari mereka,
bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....

(7)
Jangan kedekut................

(8)

Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan,
kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....

(9)
Jangan berat tulang,
rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

(10)
Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

(11)
Tak suka bila si suami mula meninggikan suara (menengking)

(12)
Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki
( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada si isteri oleh itu jangan sesekali buat macam nie kat isteri)


Rasanye banyak lagi yang benda si isteri tak suka suami buat..
tapi setakat nie aje yang teringat..
Oleh itu sayangi isteri anda semua...
itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Sekali akad dilafazkan, sekali tanggungjawab digalas.
Isteri kurnian Ilahi jaga betul-betul dan sayangi dia...

5 SIFAT WANITA YANG DI SENANGI LELAKI

o KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stres,cemas dan gelisah.
la turut memudahkan mereka untuk bermanja.

o PRIHATIN DAN MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut.
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

o MENJAGA PENAMPILAN
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik,
bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki.
Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

o BIJAK BERBICARA
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual.
Wanita seperti itu bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual.
Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

o SOLEHAH
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

JIKA ISTERI SAKIT

Di satu petang,
kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan,
harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu.
Pintu diketuk dan salam diberi.
Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.
Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.
Tetapi tiada pada petang ini.
Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita.
Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.


Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...
Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit.
Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV.
Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta.
Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya,
sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

CUBA KITA SELAMI,
apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah,
Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat.
Badan ni tak larat nak bangun.
nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?"


Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak.
Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......"

Sambil turun ke dapur hatinya berkata,
"Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit,
macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia.
Menyampah..
nanti kita dah tak bangun sangat,
baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik."
Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit,
untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan,
isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam,
sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita,
tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka.
Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai
pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati.
Mereka tidak minta di belai berjam-jam.
Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu.
Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit.
Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. 
Bila tanya pada anak, "Emak mana?"

Anak jawab, "Dalam bilik ".

Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali.
Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya.
Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit.
Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya.
Tanyalah dia bila dia kena demam dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik.
Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.
Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...."
Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah,
ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.
Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

HARGAILAH ISTERI ANDA

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,
sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku.
Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak.
Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.
Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Bijaksana telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air,
berus gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,
pada masa yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar pula suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kemudian kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.
Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan
dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyukkk untuk dicuci dengan mesin taip "ehh tersyasyull" mesin basuh sehingga selesai dan dijemur.

Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak,
beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.

Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Kemudian angkat kain di jemuran.


Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.

Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.

Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,
pastu cuci pinggan mangkuk,
pastu mandikan anak yang masih kecil,
pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah lemah longlai...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan.
Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.


Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung
tertidur.......
tak pasti pukul berapa. ..
Setelah terjaga sebelum dinihari,

Mat segera bangun dan berdoa semula,
"Ya Tuhanku.
Barulah kini aku tahu....
Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula.
Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri.
Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah.
Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."


Whatttt???...
9 bulan 10 hari??? ..... Beranaaak???....... Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni.
Kan Nab nie pompuan.
Tentulah abang yang jadi suami.....
Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh...
Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita :

Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
jadi kepada sesiapa yang bergelar suami di luar sana hargailah isteri anda..



PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI TALIB


Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin bertambah-tambah.

Baginda nabi s.a.w akhirnya membenarkan mereka meninggalkan Mekah.
Negeri Habshah pada masa itu diperintahkan oleh seorang raja Kristian yang masyhur dengan belas-rahim dan keadilannya.

Dalam bulan Rejab, selepas lima tahun Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan dakwahnya,
kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah berlepas ke Habshah.
Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki dan lima orang perempuan.
Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan selepas kapal mereka bertolak.
Setibanya mereka diHabshah,
mereka mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam.

Kegembiraan mereka bukan kepalang.
Mereka pun memutuskan hendak kembali ke tanah air mereka,
tetapi apabila hampir-hampir tiba ke Mekah mereka dapati yang berita angin yang mereka dengar semasa di Habshah tidak benar sama sekali.
Kempen mengganggu orang-orang Islam tidak sedikit pun berkurangan.
Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka terpaksa belayar kembali ke Habshah sedangkan yang lainnya memasuki kota Mekah dengan perlindungan orang-orang yang berpengaruh.


Peristiwa ini dikenali dengan 'PERPINDAHAN KE HABSHAH YANG PERTAMA'.

Tidak lama kemudian satu rombongan yang lebih besar terdiri daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan telah berlepas ke Habshah.

Pemergian yang kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN KE HABSHAH YANG KEDUA'.
Ahli-ahli rombongan yang kedua ini termasuk juga sebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Pemergian orang-orang Islam ke Habshah menimbulkan kemarahan kafir-kafir Quraish.


Satu rombongan puak Quraish lengkap dengan hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya dan paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana.
Setelah pembesar-pembesar istana disogok mereka dengan senang masuk ke istana penghadapan untuk menemui Raja.
Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah didepannya.

Mereka pun berbicara:

"Tuanku,
sebilangan kecil orang-orang kami telah meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk agama baru yang bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu.
Mereka telah datang untuk tinggal disini.
Pembesar-pembesar Mekah,
ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah menghantar kami untuk membawa mereka balik.
Kami memohon Tuanku supaya mereka diserahkan kepada kami."

Jawab Raja Habshah:

"Kami tidak dapat menyerahkan orang yang telah diminta perlindungan kami tanpa usul periksa.
Biarlah mereka dibawa kehadapan kami supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka.
Kalau tuduhan kemurtadan yang telah kamu lemparkan terdapat mereka itu benar,
kami akan serahkan mereka kepada kamu."

Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang Islam kebalai penghadapan.
Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t. telah memberikan peransang.
Sebaik-baik sahaja mereka sampai di hadapan Raja mereka menyampaikan salam kepadanya.
Seorang pegawai istana telah membantah mengatakan yang mereka tidak bersujud di hadapan raja mengikut adat kebiasaan orang-orang Habshi.

mereka menerangkan:
"Nabi kami telah melarangkan kami supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah s.w.t."

Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan hujah-hujah mereka sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish.

Jaafar r.a.hu bangun lalu berucap:

"Tuanku!
Kami ini manusia yang jahil.
Kami tidak mengenal Allah s.w.t. dan Rasul-RasulNya.
Kami menyembah batu-batu,
memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis kejahatan.
Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadap kaum kerabat kami.
Yang kuat diantara kami akan menindas yang lemah.
Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam penghidupan kami.
Keturunannya yang mulia,
perangainya yang lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum.
Dia menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t.
dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik.
Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan meninggalkan yang Mungkar.
Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar,
menunaikan amanah,
menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga.

Daripadanya kami belajar sembahyang,
berpuasa,
berzakat dan berkelakuan baik.

Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah.
Dia melarang perzinaan,
perbuatan-perbuatan lucah,
bercakap bohong,
memakan harta-harta anak yatim dengan secara haram,
mengada-adakan fitnah dan sebagainya.
Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah yang mengkagumkan.

Jadi kami percayakan kepadanya,
kami mengikuti jejak langkahnya dan menerima ajaran yang dibawanya.
Oleh kerana inilah maka kami telah di ganggui dan disiksa dengan harapan kami akan kembali kepada keadaan sediakala.
Apabila kekejaman orang-orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan,
kami pun dengan doa restu Nabi kami telah datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."

Kata Raja Habshab:

"Perdengarkan sedikit Quran yang telah kamu pelajari daripada Nabi kamu."

Jaafar pun membacalah ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'.
Ayat-ayat yang dibaca begitu mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air mata.

"Demi Allah!"  kata Raji Habshah.

"Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang diturunkan kepada Musa merupakan cahaya dari satu sumber sinaran yang sama."

Menoleh kepada perwakilan puak Quraish,
Dia berkata yang dia enggan menyerahkan orang-orang pelarian itu kepada mereka.
Sungguhpun orang-orang Quraish telah berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu mengaku kalah.

Mereka mengadakan mesyuarat dimana salah seorang daripada mereka telah berkata,:

"Aku ada satu rancangan yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap mereka."

Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraish yang lain.
Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika ianya berhasil.
Mereka tidak ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging dengan mereka.
Tetapi orang mencadangkan itu tidak mahu membatalkannya.

Pada esoknya, dipengaruhi pula oleh orang lain,
perwakilan Quraish telah menghasut Raja Habshah dengan menyatakan yang orang perlarian Islam tidak percaya yang Nabi Isa (JESUS) itu anak Allah.
Sekali lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja.

Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka tentang Nabi Isa a.s, mereka dengan tegas menjawab:

"Kami percaya kepada kata-kata Allah yang telah diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh Allah,
Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada Maryam"

Negus (Raja Habshah) berkata:

"Demikian juga dakwah Isa mengenai dirinya."

Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-sungut sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka.
Dia mengembalikan hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish.
Berpaling kepada pelarian-pelarian Islam, dia berkata:

"Pergilah hidup dengan aman.
Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang berat."

Satu pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini.
Rombongan Quraish telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan.
Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam telah menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah berang.

Api kemarahan mereka telah bersemarak lagi apabila Umar telah memeluk Islam.
Akibat kemarahan yang berleluasa ini,
suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak Quraish telah diadakan.

Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang pembunuhan Baginda nabi s.a.w.
Mereka hendak mengatasi masalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan sekaligus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara yang senang diselenggarakan.
Bani Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w. sangat banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya dikalangan bangsa Quraish.

Sungguhpun banyak diantara mereka tidak menganuti agama Islam mereka sudah tentu tidak akan berdiam diri kalau salah seorang daripada mereka dibunuh.
Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Bani Hashim.

Mereka telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Bani Hashim selagi mereka tidak menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibunuh.
Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah.

Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad s.a.w. dan puak Bani Hashim terkepung didalam satu lembah diluar Kota Mekah.
Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta dengan pedagang-pedagang asing sekalipun.

Mereka yang melewati batas 'penjara' mereka ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan sekejam-kejamnya.
Pemulauan ini sudah tentu mengakibatkan puak Bani Hashim menghadapi kebuluran.
Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Bani Hashim.
Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan.

Walau bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan yang tidak menyenangkan ini sempat juga mereka menyampaikan ajaran Islam kepada manusia yang senasib dengan mereka.

Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah s.w.t. dokumen yang digantung di Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai dan pemulauan yang dikenakan keatas Bani Hashim dengan sendirinya terbatal.

Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya.
Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita jalankan untuk menegakkan Syariat-syariat Islam.

Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah s.w.t.?
Kita ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalan Allah s.w.t.

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...