Thursday, June 29, 2017

20 RAHSIA GADIS MENGEKALKAN KEAYUAN




1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, 
fizikal dan mental.

2. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, 
jangan banyak angan-angan. 
Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. 
Jangan tidur siang hari.

3. Menjaga suara. 
Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, 
tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

4. Menjaga tutur bicara. 
Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

5. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

6. Menjaga kulit. 
Kebersihan sentiasa dijaga. 
Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.

7. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

8. Menjaga muka. 
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. 
Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.

9. Jangan banyak berangan.

10. Menjaga rambut. 
Ia mahkota kejelitaan gadis. 
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. 
Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. 
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.





11. Menjaga cara berberjalan. 
Latih cara berjalan. 
Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. 
Langkah jangan terlalu besar.

12. Berjalan jangan terlalu laju. 
Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.

13. Leher jangan terteleng (senget sebelah). 
Muka elok ditundukkan sedikit.

14. Menjaga gerak-geri. 
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. 
Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. 
Jangan mengangkang.

15.Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. 
Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

16. Menjaga senyum. 
Latihlah senyum jangan tersengeh. 
Tutup mulut bila ketawa. 
Ketawa secara sederhana. 
Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

17. Menjaga mata. 
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. 
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. 
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. 
Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

18. Menjaga kehormatan. 
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. 
Minta izin ibubapa. 
Pakaian sopan. 
Pulang seawal mungkin.

19. Menjaga sikap. 
Taat beragama. 
Jangan bohong. 
Jauhi dari merungut.

20. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


JANGAN SALAHKAN TAKDIR

"Aku dah usaha tinggal dah,
tapi tak mampu.
Nak buat macam mana"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan.
Nafsu kuat sangat.
Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"

"Allah dah takdirkan aku camni.
Aku nak buat camna.
Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni.
Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari.
Mungkin Kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.

Tetapi Kita mendengarnya daripada hati Kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan,
untuk membenarkan Kita melakukan dosa,
keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan Kita,
Kita katakan IA adalah punca godaan yang datang,
malah adakalanya Kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah Dan menyatakan ini semua susunan-Nya.

Inilah alasan-alasan Kita.

Alasan untuk berdosa.
Benarkah IA satu alasan yang melepaskan Kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah

Dalam mengharungi kehidupan,
sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran Dan dugaan.
Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.

Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini,
yang manakah yang terbaik amalannya,
yang manakah yang layak menerima rahmat Allah Dan memasuki syurga-Nya.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati Dan hidup (kamu) -
untuk menguji Dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
Dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" -
Surah Al-Mulk ayat 2.

Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan Ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan.
Allah SWT telah berjanji bahawa,
setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu,
berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." -
Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah,
Kita yang memilih untuk lemah.
Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh.
Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk Dan menerima kegagalan,
lantas redha dengan kemaksiatan yang Kita lakukan.

Perhatikan betul-betul di dalam jiwa Kita.
Benarkah Kita tidak mampu?
Atau Kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?

Menuding kepada Allah Dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang Kita lakukan adalah satu jenayah yang besar.
Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak Dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?"
Kita akan bertanya-tanya.

Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa?
Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa?
Siapakah?

Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini,
Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR,
pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik.
Maka terletak di tangan Kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang Kita ambil,
Kita perlu sedar,
Ada konsikuensinya.

"Tidak Ada paksaan dalam ugama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" -
Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, Ada seorang lelaki mencuri.
Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab:
"Aku mencuri kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"

Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya,
Dan disebat 40 kali.

Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu.
"Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan.
Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri,
Dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Ini adalah dalil yang jelas bahawa,
kesalahan Kita adalah tanggungjawab Kita sendiri.

Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri.
Allah memberikannya ikhtiar.
Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT Dan melakukan kejahatan dengan sengaja.

Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?

Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa:
"Allah dah takdirkan aku macam ni,
jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang.
Dia telah membunuh 99 orang.
Kemudian dia hendak bertaubat.


Lihatlah.
Dia telah membunuh 99 orang.
Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT.
Lihat usahanya itu.
Lihat kehendaknya itu.

Sampai kepada seorang alim,
alim itu berkata bahawa,
orang sepertinya tiada harapan.
Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu,
mencukupkan pembunuhannya kepada 100.
Tetapi selepas itu,
dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat.
Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan,
dia tetap berusaha.
Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata:
"Memang Allah dah takdirkan aku begini"???

Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim.
Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina.
Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.


Maka bergeraklah lelaki itu.
Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia.
Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat.
Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.

Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya.
Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya.
Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.

Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini.
Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih,
tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha.
Dia menggagahkan dirinya.
Dia berusaha merapat kepada Allah SWT.
Dia tidak memilih untuk lemah.
Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri.
Diri Itu Yang Perlu DiperbaikiPokoknya,
ketidak mampuan kita bukan alasan.
Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini.
Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian?
Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan?
Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.



Perhatikan diri kita.
Yang bersalah hakikatnya adalah kita.
Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata?
Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.
Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

PERJUANGAN WANITA



Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik.
Orang yang memandang juga akan dapat menikmati kecantikan dan kesegaran bunga yang dihias.
Kerana pandainya orang yang empunya bunga,
maka bunga tersebut akan menjadi perhiasan di mata ramai dan dihargai kecantikannya.
Apa yang terjadi sekiranya bunga tersebut dihias di dalam tandas?
Tentulah hilang kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan pastinya orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.



Wanita ibarat bunga, antara perhiasan dunia yang amat memikat hati lelaki.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:
"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang soleha"
(perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya).
( Riwayat Muslim)


Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya seperti batu permata tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya.
Walaupun didedahkan di hadapan umum pastilah akan diletakkan di dalam kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya.
Lebih tinggi nilai perhiasan tersebut semakin ketatlah kawalan yang akan dibuat dan semakin sulitlah untuk mendapatkannya.


Begitulah juga sepatutnya wanita.
Wanita Allah ciptakan berbeza daripada lelaki.
Perbezaan fizikal dan fitrah yang Allah jadikan antara lelaki dan perempuan itu pasti ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.

Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu,
lemah-lembut, penyabar,halus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah,
pendek akalnya dan sebagainya.

Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar,tegas tingkah lakunya dan sebagainya.


Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik.
Halus perasaannya membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya.
Sifat halus membolehkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit,
menyulam, memasak dan menghias rumahtangga.

Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa rasa jemu.
Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka menjadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan seorang lelaki sebagai pelindung diri.

Justeru itu, Allah yang menciptakan kita,
tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan;
dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki.
Oleh kerana itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyukarkan wanita untuk melaksanakan dua tugas dalam satu masa.

Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah,
tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu;
semuanya itu tanggungjawab lelaki.

Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita,
itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita.
Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya.
Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan;
semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa.

Firman Allah yang membawa maksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan,
baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka
mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun."
( An Nisa: 124)

"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan
sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta
mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga."
( Mukmin: 40)

Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga,melayan suami,
mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan sukar untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah.
Dan kerana itulah Allah mengambil kira apa yang dilakukan oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah.

Hatta dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w jelas menyebut bahawa wanita yang memcuci pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala;
wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin mendapat sama pahala dengan lelaki yang berjihad di jalan Allah.
Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung daripada pandangan orang lain, semua itu akan dikira dan dinilai oleh Allah.
Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga,
tetap dikira ibadah selagi ia melakukankerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah s.w.t.


Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,
atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia,
atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia,
tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat,
para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah,
segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya.
Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut.
Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka.
Walaupun ia tidakmemiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama, tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.

Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.

Sebaliknya..

Wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki dalam semua bidang.
Lelaki menjadi menteri mereka juga mahu menjadi menteri,
mahu menjadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif dan sebagainya.
Ataupun mereka mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk melakukan apa yang mampu dilakukan lelaki.
Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa.
Mereka mendakwa kaum wanita juga mampu melakukan apa yang lelaki boleh lakukan.
Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diperuntukkan untuk lelaki katanya mereka telah dianak-tirikan, didiskriminasi dan bermacam-macam bantahan lagi.

Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di dalam bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka mereka terpaksa mengorbankan perasaan kewanitaan demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang.
Hal ini adalah bertentangan dengan fitrah mereka,
mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak,
suami dan rumahtangga,
seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,
mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat keangkuhan,
sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai.

Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi.
Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita.
Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit,
sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi.
Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah,
dilaknat ke atas mereka oleh setiap makhluk Allah di darat dan di laut.

Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri,
tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri daripada kalangan orang lelaki dan wanita.
Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki yang bukan suaminya.
Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu dan ini.
Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dan berjumpa dengan lelaki-lelaki lain.

Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai meletakkan wanita di tempatnya.
Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia,
dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina."

Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki,
ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita.
Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan seorang lelaki.
Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan
fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga.
Ibadah-ibadah asasnya seperti solat dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh.
Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara daripada tercemar.
Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang soleh.

Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat.
Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan
boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan.
Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia (paling lama boleh dibanggakan sehingga berumur 60 tahun) sudah banyak melalaikan dan membuat manusia lupa pada Tuhan,
menjadikan mereka akan dibangkitkan hina dina di akhirat kelak.
Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk
memamah tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri.

Itulah sebenarnya yang mereka perjuangkan di dunia dulu yakni syurga dunia tetapi api neraka di akhirat.
Rugilah perjuangan yang begitu.



KISAH SEBIJI EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan,
tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a.
Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai,
beliau ternampak gugusan buah epal yang dihanyutkan oleh arus sungai tersebut.
Menyedari keadaan dirinya yang sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dalam hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya.
Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yang lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut.
Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yang dicari,
maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yang dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yang wara’.
Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yang amat disegani di kawasan itu yang berasal daripada keturunan Imam Husin r.a, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.
Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat untuk mengujinya dengan mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun.
Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun,
sekali lagi Abu Salleh berjumpa dengan Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu.
Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh.
Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya,
seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu.
Apabila memikirkan balasan yang bakal diterima di akhirat nanti seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju untuk menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya.
Melihat seorang wanita yang cantik berada di dalam bilik itu,
Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah.
Aku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat,
buta kerana tidak pernah melihat perkara haram,
tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan
bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yang tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yang soleh ini lahirlah seorang wali Allah yang amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yang bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani.
Beliau amat dikenali dengan gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan.
Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.

Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan
terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya,
ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa.
Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan
ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.


Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu.
Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin;
tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh.
Kalau sudah tidak ada jodoh,
wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.

Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin
bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi
juga berlaku di kalangan masyarakat Islam.
Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran
Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan
dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan.


Bahkan sunnatullah kejadian manusia,
ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia,
walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat.
Sungguh pun demikian pada pandangan Islam,
orang yang tidak berkahwin dianggap jelek.


Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan
mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.
Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita,
adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Kerana umumnya bagi kaum wanita,
pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga,
suami dan anak-anak.
bagi kaum wanita,
untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah.

Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:“
Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin,
ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.
Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang,
berpuasa dan menjaga maruah,
wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.
Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia
akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika
memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.


Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.
Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.
Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu.
Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,
kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.”
Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?”
Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin.
Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau
berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.


Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.
Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

~~~






PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...