Saturday, June 17, 2017

INGIN DIKEBUMIKAN BERSAMA IBU

London: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang tenat kerana menghidap leukemia merayu orang ramai membantunya mencapai impian terakhirnya - kebumi di dalam keranda ibunya supaya ibunya dapat menjaganya.
Filip Kwasny dari Colchester, Essex, menyuarakan hasratnya itu selepas rawatan kemoterapi dan pemindahan sel induk gagal mengubati penyakitnya.
Malah kanser itu kini sudah merebak ke ususnya. 
Orang ramai menyumbangkan wang untuk memenuhi hasratnya dikebumikan di Poland di dalam keranda ibunya yang turut meninggal dunia akibat kanser ketika Filip berusia dua tahun.
Filip didiagnos menghidap penyakit itu September tahun lalu dan ayahnya Piotr Kwasny, 40, berusaha mengumpulkan £6,500 (RM36,000) untuk menaikkan keranda isterinya yang dikebumikan lima tahun lalu bagi membolehkan Filip disemadikan di dalamnya.





* Sedihnye...
Bayangkan kalau kita sakit, tak sampai sehari kita mesti mencari mak agar mak ada di sisi kita untuk menemani..
Filip ni sudah lama kena penyakit leukemia dan baru didiagnos tahun lalu..
Dalam tempoh tersebut, bayangkan betapa rindunya dia dengan belaian kasih ibunya sehinggakan dia teringin disemadikan didalam keranda bersama ibunya hanya kerana ingin ibu dapat menjaga dan membelainya seperti ketika ibunya hidup dahulu..

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...