Saturday, June 17, 2017

PENGEMIS YANG JUJUR




Pada tahun 2013, Billy Ray Harris seorang pengemis menemui sebuah cincin berlian pada mangkuk yang digunakannya untuk mengemis.
Tanpa mengetahui siapa yang menjatuhkannya,
Billy menyimpan cincin tersebut dan berharap seseorang akan datang mengambilnya.
Beberapa hari kemudian seorang wanita datang kepadanya bertanyakan tentang cincin pertunangan yang berharga ribuan dollar tersebut.
Billy kemudiannya memberikan semula cincin berlian tersebut kepada Sarah.
Merasa bersyukur dengan kejujuran Billy dan sebagai tanda terima kasih, 
Sarah Darling bersama tunangnya Bill Krejci kemudian berusaha mendapatkan sumbangan orang ramai di internet dan berjaya membelikan sebuah rumah untuk Billy.
"Kami menetapkan matlamat untuk seribu dolar,". Ujar Sarah.
Namun siapa sangka hanya dalam masa 3 bulan,
dana yang mereka kumpulkan berjumlah 190,000 Dollar hasil sumbangan orang ramai kerana terharu dengan kisah kejujuran Billy.
Ketika wartawan bertanya kenapa dia tidak menjual cincin tersebut, 
Billy menyatakan bahawa sebenarnya dia memang berniat untuk menjualnya sebelum teringat akan nasihat neneknya untuk selalu berlaku jujur sekalipun hidup dengan serba kekurangan.
*Orang yang jujur akan mendapat 4 perkara..
Kepercayaan, cinta, rasa hormat dan disayangi Tuhan..

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...