Monday, June 26, 2017

BEEF STEAK & BLACK PEPPER SAUCE









Bahan Perapan Daging

2 keping potongan Daging Steak ( diketuk keliling dengan hulu pisau atau pelembut daging )

1 sudu kecil cuka @ westershire sos

1 sudu kecil serbuk lada hitam dan sulah

1 sudu besar Soso Tiram

Sedikit gula dan garam

1 sudu besar serbuk Paprika

1 sudu besar minyak Zaitun ( virgin olive oil )


Cara Membuat

Satukan ke semua bahan dalam mangkuk, perapkan selama 30 minit sahaja dan anda boleh grill daging sehingga masak.



RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan

2 sudu besar Mentega

3 ulas bawang putih dicincang

3 sudu besar Lada Hitam dikisar

2 cawan Air rebusan Ayam atau sayuran

½ tin Cendawan Butang Dikisar

3 sudu besar HP sos @ sos perang

1 sudu kecil Westershire Sos

½ cawan Krim masakan

Gula Garam sebagai perasa


Cara Membuat

1.   Panaskan mentega dalam pot @ pan, 
Sautee Bawang putih cincang sehingga naik bau, 
masukkan Lada hitam, 
kacau sebentar, 
masukkan air rebusan ayam,
cendawan kisar, 
hp sos, 
westerhire sos dan biar ia mendidih, 
masukkan krim masakan gula dan garam sebagai perasa,

Sekiranya anda ingin ia kelihatan hitam dan agak gelap anda boleh masukkan 1 sudu besar kicap caramel.
Apabila telah mendidih dan pekat matikan api.
( anda boleh tambahkan air walaupun setelah ia masak, 
sekiranya anda tidak ingin terlalu pekat )






No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...