Saturday, June 17, 2017

KISAH SAYU ANAK KUCING DAN BANGKAI IBUNYA

Kisah sayu anak kucing dan bangkai ibunya..
Di dalam satu rakaman yang dikongsikan oleh laman Facebook SBS TV, anak kucing itu dilihat berada didalam satu sudut bangunan menemani bangkai ibunya..
Seorang penduduk dikawasan kejiranan berkata, dia selalu melihat anak kucing itu bersama ibunya dikawasan sekitar sebelum ini..
Menerusi rakaman itu dapat dilihat anak kucing tersebut sedang menjilat bangkai ibunya.
Di sebelah malam pula, barulah anak kucing itu akan keluar mencari makanan untuk mengisi perutnya..
Dalam rakaman video tersebut juga dapat dilihat anak kucing tersebut meratah ranting kayu kerana terlalu lapar...
Selain itu juga turut dilihat dalam rakaman itu anak kucing tersebut menemui secebis daging ditempat pembuangan sampah yang berdekatan.
Tapi ia langsung tidak makan daging tersebut, sebaliknya ia membawa daging tersebut pulang untuk diberikan kepada bangkai ibunya.
Mungkin risau ibunya itu kelaparan.
Seorang veterinar berkata, anak kucing itu tidak tahu mengenai kematian dan mahu terus bersama ibunya..
Dalam satu operasi menyelamat yang dilakukan oleh orang ramai, anak kucing itu cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh mereka yang menunggu diluar..
Anak kucing itu kemudian diberikan rawatan..
Hasil imbasan mendapati batu kecil memenuhi perut anak kucing tersebut yang dipercayai dimakan ketika ia kelaparan.
Ketika diberi peluang untuk bersama bangkai ibunya buat kali terakhir, anak kucing itu duduk berdekatan dan enggan berpisah dengan bangkai ibunya..
Namun ia ditarik pergi oleh seorang doktor yang merawatnya..
Kasihnya dia pada ibunya,
tempat dia bermain dan bermanja..
Tempat dia berlindung..
Namun ibunya telah pergi tanpa dia mengetahui..
Mungkin dalam beberapa hari ibunya tidak bangun, dia mungkin berfikir ibunya sedang sakit, lalu dia pun pergi keluar mencari makanan untuk diberikan kepada ibunya..
Hanya makan ranting kayu dan batu batu kecil untuk mengalas perutnya kerana terlalu lapar, kemudian apabila dia menjumpai cebisan daging, dibawanya pulang cebisan daging itu kepada ibunya walau dia sendiri tidak makan daging tersebut semata mata kerana ingin diberikan kepada si ibu..
Betapa besarnya pengajaran dari kisah si kecil yang comel ini..
Sumber - SBS TV동물농장x애니멀봐

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...