
Islam menuntut penganutnya supaya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan yang tersendiri yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan.
Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat pada dua sudut iaitu sudut keagamaan dan sudut kesihatan.
SUDUT KEAGAMAAN
Berkhatan merupakan tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam.
Sebagai menyempurnakan tuntutan syarak yang berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim a.s
Untuk membezakan antara orang-orang Islam dengan penganut-penganut agama lain, didunia ini terdapat dua agama yang memerintahkan penganutnya untuk berkhatan iaitu Islam dan Yahudi,
namun begitu pada masa sekarang orang-orang bukan Islam dan juga yahudi ada juga yang berkhatan setelah menyedari kebaikan berkhatan.
Selain itu berkhatan juga sebagai suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah Taala dengan patuh segala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya.
SUDUT KESIHATAN

Untuk membersihkan zakar, memperelokkannya,
mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan semasa hubungan kelamin
Untuk mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dijangkiti penyakit kelamin, seperti kanser dan lain-lain penyakit
Dr. Sobri Al-Qubbani dalam bukunya bertajuk `Kehidupan dan Seksologi' menyebut bahawa berkhatan mendatangkan manfaat-manfaat berikut dari sudut kesihatan:

Pembuangan kulit berkenaan membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh, daki, kumpulan lemak serta kuman yang terkumpul di situ sekaligus menimbulkan bau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
Dapat mengelakkan risiko termasuk atau tersendat kepala zakar ketika berlunjur,
Mengurangkan risiko kanser prostat.
Anak-anak yang berkhatan awal kurang risiko sindrom terkencing malam.

Perkara di atas juga dibuktikan oleh pakar bedah, Dr Gerald Weiss yang menegaskan tanpa berkhatan, bahagian di bawah kulit menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat jangkitan (cesspool of infection).
Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan mengenai satu kajian yang beliau lakukan bersama rakannya dan mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar,
87 daripadanya daripada kalangan lelaki tidak berkhatan.
Justeru, mereka merumuskan khatan mencegah lelaki daripada menghidap kanser zakar dan penemuan itu dimuatkan dalam majalah Pediatrics.
Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya 'Perubatan Islam Kontemporari',
menjelaskan banyak kajian dilakukan menunjukkan berkhatan mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya; risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan.
Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir (Penduduk Muslim) pada 1993 menunjukkan,
amalan berkhatan di tempat itu menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah berbanding kawasan lain di India.
Mengikut pakar kanak-kanak terkenal, Dr Edgar J Shoen, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutama siflis, chancroid dan genital herpes.
Berdasarkan hasil kajian, jelaslah orang yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan yang baik serta terhindar daripada pelbagai penyakit merbahaya.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita.
Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita.
Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan,
maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan.
Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun.
Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.
Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah.
Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV.
Kenyataan itu berbunyi, 'kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.
Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'.
Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.
No comments:
Post a Comment