Monday, November 14, 2016

PERKARA - PERKARA YANG TIDAK DI SUKAI ISTERI

(1)
Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

(2)
Suka letak barang merata-rata

(3)
Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje )

(4)
Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) -
Kena bertolak ansur sebab isteri kadang-kadang penat menjaga anak dan rumah.

(5)
Tak pernah menghargai kasih sayang isteri.
Jangan sebelum kawin saje romantik lepas kawin semua lupa.
Kadang-kadang isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari suami.
Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati si isteri bahagia.

(6)
Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari-hari yang bermakna buat kamu berdua.
Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri.
Walaupun hanya seungkap kata.
Gembira rasanya si isteri apabila si suami mengingati hari-hari mereka,
bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....

(7)
Jangan kedekut................

(8)

Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan,
kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....

(9)
Jangan berat tulang,
rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

(10)
Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

(11)
Tak suka bila si suami mula meninggikan suara (menengking)

(12)
Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki
( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada si isteri oleh itu jangan sesekali buat macam nie kat isteri)


Rasanye banyak lagi yang benda si isteri tak suka suami buat..
tapi setakat nie aje yang teringat..
Oleh itu sayangi isteri anda semua...
itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Sekali akad dilafazkan, sekali tanggungjawab digalas.
Isteri kurnian Ilahi jaga betul-betul dan sayangi dia...

5 SIFAT WANITA YANG DI SENANGI LELAKI

o KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.
Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stres,cemas dan gelisah.
la turut memudahkan mereka untuk bermanja.

o PRIHATIN DAN MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut.
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

o MENJAGA PENAMPILAN
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik,
bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki.
Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

o BIJAK BERBICARA
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual.
Wanita seperti itu bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual.
Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

o SOLEHAH
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.

JIKA ISTERI SAKIT

Di satu petang,
kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan,
harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu.
Pintu diketuk dan salam diberi.
Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.
Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.
Tetapi tiada pada petang ini.
Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita.
Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.


Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...
Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit.
Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV.
Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta.
Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya,
sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

CUBA KITA SELAMI,
apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah,
Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat.
Badan ni tak larat nak bangun.
nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?"


Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak.
Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......"

Sambil turun ke dapur hatinya berkata,
"Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit,
macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia.
Menyampah..
nanti kita dah tak bangun sangat,
baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik."
Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit,
untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan,
isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam,
sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita,
tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka.
Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai
pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati.
Mereka tidak minta di belai berjam-jam.
Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu.
Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit.
Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. 
Bila tanya pada anak, "Emak mana?"

Anak jawab, "Dalam bilik ".

Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali.
Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya.
Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit.
Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya.
Tanyalah dia bila dia kena demam dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik.
Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.
Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...."
Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah,
ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.
Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

HARGAILAH ISTERI ANDA

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.
Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,
sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku.
Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak.
Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.
Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.
Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.
Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Bijaksana telah mengkabulkan permintaan Mat.
Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air,
berus gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan,
pada masa yang sama melayan suami bersarapan.
Pastu menghantar pula suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kemudian kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk
membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.
Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan
dulu dalam peti ais.
Kemudian kutip kain busyukkk untuk dicuci dengan mesin taip "ehh tersyasyull" mesin basuh sehingga selesai dan dijemur.

Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari.
Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak,
beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.

Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Kemudian angkat kain di jemuran.


Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.

Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.

Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal.

Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,
pastu cuci pinggan mangkuk,
pastu mandikan anak yang masih kecil,
pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah lemah longlai...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya.
Suami juga mahukan layanan.
Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.


Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung
tertidur.......
tak pasti pukul berapa. ..
Setelah terjaga sebelum dinihari,

Mat segera bangun dan berdoa semula,
"Ya Tuhanku.
Barulah kini aku tahu....
Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula.
Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri.
Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah.
Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,
"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat menjadi suami kembali...."


Whatttt???...
9 bulan 10 hari??? ..... Beranaaak???....... Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni.
Kan Nab nie pompuan.
Tentulah abang yang jadi suami.....
Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh...
Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita :

Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
jadi kepada sesiapa yang bergelar suami di luar sana hargailah isteri anda..



PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI TALIB


Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum Muslimin semakin bertambah-tambah.

Baginda nabi s.a.w akhirnya membenarkan mereka meninggalkan Mekah.
Negeri Habshah pada masa itu diperintahkan oleh seorang raja Kristian yang masyhur dengan belas-rahim dan keadilannya.

Dalam bulan Rejab, selepas lima tahun Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan dakwahnya,
kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah berlepas ke Habshah.
Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki dan lima orang perempuan.
Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan selepas kapal mereka bertolak.
Setibanya mereka diHabshah,
mereka mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam.

Kegembiraan mereka bukan kepalang.
Mereka pun memutuskan hendak kembali ke tanah air mereka,
tetapi apabila hampir-hampir tiba ke Mekah mereka dapati yang berita angin yang mereka dengar semasa di Habshah tidak benar sama sekali.
Kempen mengganggu orang-orang Islam tidak sedikit pun berkurangan.
Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka terpaksa belayar kembali ke Habshah sedangkan yang lainnya memasuki kota Mekah dengan perlindungan orang-orang yang berpengaruh.


Peristiwa ini dikenali dengan 'PERPINDAHAN KE HABSHAH YANG PERTAMA'.

Tidak lama kemudian satu rombongan yang lebih besar terdiri daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan telah berlepas ke Habshah.

Pemergian yang kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN KE HABSHAH YANG KEDUA'.
Ahli-ahli rombongan yang kedua ini termasuk juga sebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Pemergian orang-orang Islam ke Habshah menimbulkan kemarahan kafir-kafir Quraish.


Satu rombongan puak Quraish lengkap dengan hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya dan paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana.
Setelah pembesar-pembesar istana disogok mereka dengan senang masuk ke istana penghadapan untuk menemui Raja.
Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah didepannya.

Mereka pun berbicara:

"Tuanku,
sebilangan kecil orang-orang kami telah meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk agama baru yang bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu.
Mereka telah datang untuk tinggal disini.
Pembesar-pembesar Mekah,
ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah menghantar kami untuk membawa mereka balik.
Kami memohon Tuanku supaya mereka diserahkan kepada kami."

Jawab Raja Habshah:

"Kami tidak dapat menyerahkan orang yang telah diminta perlindungan kami tanpa usul periksa.
Biarlah mereka dibawa kehadapan kami supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka.
Kalau tuduhan kemurtadan yang telah kamu lemparkan terdapat mereka itu benar,
kami akan serahkan mereka kepada kamu."

Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang Islam kebalai penghadapan.
Orang-orang Islam itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah s.w.t. telah memberikan peransang.
Sebaik-baik sahaja mereka sampai di hadapan Raja mereka menyampaikan salam kepadanya.
Seorang pegawai istana telah membantah mengatakan yang mereka tidak bersujud di hadapan raja mengikut adat kebiasaan orang-orang Habshi.

mereka menerangkan:
"Nabi kami telah melarangkan kami supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah s.w.t."

Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan hujah-hujah mereka sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish.

Jaafar r.a.hu bangun lalu berucap:

"Tuanku!
Kami ini manusia yang jahil.
Kami tidak mengenal Allah s.w.t. dan Rasul-RasulNya.
Kami menyembah batu-batu,
memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis kejahatan.
Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadap kaum kerabat kami.
Yang kuat diantara kami akan menindas yang lemah.
Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang membawa pembaharuan didalam penghidupan kami.
Keturunannya yang mulia,
perangainya yang lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum.
Dia menyeru kami supaya kami menyembah Allah s.w.t.
dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik.
Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan meninggalkan yang Mungkar.
Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar,
menunaikan amanah,
menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran tetangga.

Daripadanya kami belajar sembahyang,
berpuasa,
berzakat dan berkelakuan baik.

Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah.
Dia melarang perzinaan,
perbuatan-perbuatan lucah,
bercakap bohong,
memakan harta-harta anak yatim dengan secara haram,
mengada-adakan fitnah dan sebagainya.
Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah yang mengkagumkan.

Jadi kami percayakan kepadanya,
kami mengikuti jejak langkahnya dan menerima ajaran yang dibawanya.
Oleh kerana inilah maka kami telah di ganggui dan disiksa dengan harapan kami akan kembali kepada keadaan sediakala.
Apabila kekejaman orang-orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan,
kami pun dengan doa restu Nabi kami telah datang kemari untuk berlindung ditempat Tuanku."

Kata Raja Habshab:

"Perdengarkan sedikit Quran yang telah kamu pelajari daripada Nabi kamu."

Jaafar pun membacalah ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'.
Ayat-ayat yang dibaca begitu mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air mata.

"Demi Allah!"  kata Raji Habshah.

"Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang diturunkan kepada Musa merupakan cahaya dari satu sumber sinaran yang sama."

Menoleh kepada perwakilan puak Quraish,
Dia berkata yang dia enggan menyerahkan orang-orang pelarian itu kepada mereka.
Sungguhpun orang-orang Quraish telah berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu mengaku kalah.

Mereka mengadakan mesyuarat dimana salah seorang daripada mereka telah berkata,:

"Aku ada satu rancangan yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap mereka."

Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraish yang lain.
Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika ianya berhasil.
Mereka tidak ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging dengan mereka.
Tetapi orang mencadangkan itu tidak mahu membatalkannya.

Pada esoknya, dipengaruhi pula oleh orang lain,
perwakilan Quraish telah menghasut Raja Habshah dengan menyatakan yang orang perlarian Islam tidak percaya yang Nabi Isa (JESUS) itu anak Allah.
Sekali lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja.

Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka tentang Nabi Isa a.s, mereka dengan tegas menjawab:

"Kami percaya kepada kata-kata Allah yang telah diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh Allah,
Kami juga percaya dengan kata-kata Allah s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada Maryam"

Negus (Raja Habshah) berkata:

"Demikian juga dakwah Isa mengenai dirinya."

Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-sungut sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka.
Dia mengembalikan hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish.
Berpaling kepada pelarian-pelarian Islam, dia berkata:

"Pergilah hidup dengan aman.
Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang berat."

Satu pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini.
Rombongan Quraish telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan.
Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam telah menyebabkan pihak mushrikin Mekah bertambah berang.

Api kemarahan mereka telah bersemarak lagi apabila Umar telah memeluk Islam.
Akibat kemarahan yang berleluasa ini,
suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak Quraish telah diadakan.

Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang pembunuhan Baginda nabi s.a.w.
Mereka hendak mengatasi masalah Nabi Muhammad s.a.w. dengan sekaligus tetapi pembunuhan ini bukan satu perkara yang senang diselenggarakan.
Bani Hashim, puak Nabi Muhammad s.a.w. sangat banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat pengaruhnya dikalangan bangsa Quraish.

Sungguhpun banyak diantara mereka tidak menganuti agama Islam mereka sudah tentu tidak akan berdiam diri kalau salah seorang daripada mereka dibunuh.
Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Bani Hashim.

Mereka telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Bani Hashim selagi mereka tidak menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibunuh.
Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah.

Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi Muhammad s.a.w. dan puak Bani Hashim terkepung didalam satu lembah diluar Kota Mekah.
Mereka tidak dibenarkan keluar dari lembah itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta dengan pedagang-pedagang asing sekalipun.

Mereka yang melewati batas 'penjara' mereka ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan sekejam-kejamnya.
Pemulauan ini sudah tentu mengakibatkan puak Bani Hashim menghadapi kebuluran.
Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Bani Hashim.
Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan.

Walau bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan yang tidak menyenangkan ini sempat juga mereka menyampaikan ajaran Islam kepada manusia yang senasib dengan mereka.

Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah s.w.t. dokumen yang digantung di Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai dan pemulauan yang dikenakan keatas Bani Hashim dengan sendirinya terbatal.

Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya.
Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita jalankan untuk menegakkan Syariat-syariat Islam.

Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah s.w.t.?
Kita ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalan Allah s.w.t.

KENALI WANITA-WANITAMU


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.
Jika tidak, Allah swt tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tidak akan ada teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :
1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka.

. Keadilan Allah kepada perempuan :
1. kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. tidak disentuh api neraka,
jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki, ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.



KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam surah an-Nisaa ' , ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh
yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Aali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada
perempuan".

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara
itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.
Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.




KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang.
Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.
Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik,
apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya,
bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya :"Kenapa ya Rasulullah ?"
Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata,
jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya,
semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan :
semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya
dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,
wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu,
perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."
Amin ya rabbal ' alamin.




PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan.
Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita.

. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

. Tanggungjawab sebagai hamba Allah. Tanggungjawab sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.


PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...