Monday, November 14, 2016

NENEK NAK APA HA??

Keesokan hari setelah piala dunia berakhir,
zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis,
merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.
Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai.
Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up.


Tidak jauh dia keluar rumah,
ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!! kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar.
Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam.
Sekali lagi tidak jauh dari rumah,
dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya


“Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”

Zidane yang terbongkar penyamarannya,
dengan kecewa dan segera berlari menuju ke rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.


Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya,
dia bertemu dengan nenek yang sama,
dan nenek itu memanggilnya,

“Zidane!!!”.
Dengan perasaan kecewa kerana berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu,
dia datang menghampiri nenek itu.
Dengan nada agak kesal dan geram,
Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis,

“nenek nak apa ha?? dari tadi panggil, ape hal,?. apa masalah!!?.”


Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez.
Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”



















  .•´¯`•.¸¸.•

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...