Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam.

Di sana ada 5 ekor Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macho gitu) yang umurnya sudah lanjut dimamah usia.
(cewah-cewah cam ayat dalam novel percintaan la plak…hehe).
Kerana merasakan ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya,
si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya.
Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa dirinya tercabar. Lalu bibit-bibit cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya,
mulalah dia mengatur strategi.
Lalu terjadi perbualan seperti ini :
Si ayam jalak tua :
“Eh, kamu ayam muda, jangan la konker dan serakah bolot semua kat kau sekor.
Ayam betina semuanya ada 25 ekor.
Kamu boleh ambil 15 ekor, bakinya bagi la kat aku sama.”
Si ayam jalak muda:
“Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.
Hang tu dah tua dah, tak larat dah, so semua untuk aku sekor sahaja.”
Si ayam jalak tua :
“Eh eh eh… kerek tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer).
Siapa kata aku tua tak larat lagi,
ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh ko kang.
OK lah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer).
So apa kata kalau kita pertontonkan ke’macho’an kita iaitu dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini.
Yang kalah, boleh blah.
Tiada tempat bagimu.”
Si ayam jalak muda:
“Aku no hal.
Set jer.
Aku memang pantang dicabar ni.
Tapi, kita nak buat pertandingan apa ni.
Cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loyar beruk nyer)
Si ayam jalak tua :
“Tak la! Senang jer.
Apa kata kita buat pertandingan lumba lari.
Si ayam jalak muda:
“Hek eleh… lumba lari? OK,Set. Beres. I am ON.”
Si ayam jalak tua :
“Lumbanya 400M.
Tapi kerana aku sudah tua,
aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Setuju?.”
Si ayam jalak muda:
“Boleh aja.
Ikut suka mu laa. (Dia berkata dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai.
Ayam jalak tua lari dulu 50 meter,
baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa yang luar biasa dan di tambah dengan extra gaban yang mengkagumkan.
Selang beberapa lama, tiba-tiba kedengaran bunyi ;
“Pong! Pong! Pong!”
Si ayam jalak muda terbaring, menggelupur.
Rupa-rupanya, dia telah ditembak oleh tokei ayam, si pemilik ladang penternak.
Aik, kenapa boleh terjadi begitu??
Anda boleh agak sebab apa??
~~~~~~
Sebab tokey ayam ni ingat ayam muda ni ayam GAY...ahaha.. lawak kan?? :))
No comments:
Post a Comment