Sunday, November 13, 2016

IA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN AKU

Pada suatu hari sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang perbelanjaan,
seekor tikus memperhatikan gelagat mereka sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"





Ternyata apa yang dibeli oleh petani itu adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,





"Ada perangkap tikus di rumah...
di rumah sekarang ada perangkap tikus...."
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,





"Ada perangkap tikus!"
Sang Ayam berkata,
"Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba,





"Aku pun turut bersimpati...
tapi tidak ada yang boleh aku buat.
Lagi pun ia tak ada kena-mengena dengan aku. "
Tikus lalu menemui Lembu.
Ia mendapat jawapan sama.





"Maafkan aku.
Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali.
Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "jawab lembu.
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.
Sang ular berkata,





"Elehh engkau ni...
Perangkap Tikus yang sekecil tu takkan la nak membahayakan aku."





Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana
mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri
Suatu malam,
pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak
perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya,
ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan
menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut,
isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu meminta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana
percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam.
Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih
ayamnya untuk dapatkan kaki ayam untuk buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.
Seorang rakannya menyarankan untuk makan hati kambing.
Si suami lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Namun masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya si isteri meninggal dunia..




** Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.**





Pada hari itu ramai sungguh orang datang melawat isterinya.
Kerana rasa sayang suami pada si isteri,
tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.





Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.~~~


MORAL:

SUATU HARI...
KETIKA KAMU MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN KAMU...
FIKIRKANLAH SEKALI LAGI....

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...