Saturday, June 17, 2017

KISAH POLIS YANG SANGAT BAIK HATI




Helen, seorang perempuan kulit hitam di Alabama, Amerika Syarikat ditangkap kerana mencuri di sebuah pasaraya.
Dennis, anggota polis yang dipanggil untuk menahannya mendapati yang dicuri oleh Helen hanyalah 5 biji telur. Dennis tidak jadi menangkapnya.
"Aku mencuri ini sebab aku dan anak-anakku tidak makan sejak 2 hari yang lalu", ratap Helen.
Ratapan Helen menyebabkan Dennis sayu dan pilu.
Dennis membuat keputusan untuk menghantar Helen pulang ke rumahnya setelah membelikan untuknya sesarang telur.
Keesokan harinya, Denis dan rakan-rakan sepasukannya sekali lagi datang ke rumah Helen dengan 2 buah kenderaan yang penuh dengan makanan dan keperluan harian.
"Encik tidak perlu melakukan ini", kata Helen terharu sambil memeluk Dennis.
Denis berkata: "kadangkala kepentingan kita pada KEMANUSIAAN jauh lebih besar daripada kepentingan kita pada undang-undang".

Semoga kita yang mampu mengambil ikhtibar dari kisah ini.


No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...