Wednesday, September 14, 2016

BERIKAN AKU RACUN

Seorang wanita bernama Lili baru sahaja berkahwin dan tinggal bersama suami serta ibu mertuanya..
Dalam masa yang singkat, Lili mendapati bahawa hubungan antara dirinya serta ibu mertua agak dingin..

Perwatakan mereka jauh berbeza, dan Lili seringkali berasa 'bengang' dengan kebanyakan tabiat ibu mertuanya itu..
Tambahan pula ibu mertuanya seringkali mengkritik apa sahaja yang dilakukannya..




Hari berganti hari, dan minggu berganti minggu..
Lili dan ibu mertuanya tidak pernah berhenti bergaduh dan bertelagah sesama sendiri..

Suami Lili begitu tertekan dengan apa yang berlaku di rumah itu..

Akhirnya, Lili tidak mampu lagi bertahan dengan perangai
panas baran dan 'suka mengarah' yang dimiliki ibu mertuanya lagi,
dan dia bercadang untuk melakukan sesuatu tentang perkara itu..

Lili berjumpa dengan rakan baik ayahnya,
Encik Halim yang menjual ubat ubat herba..
Dia menceritakan situasi hidupnya dan
bertanya jika lelaki itu boleh memberinya sedikit racun agar dia
dapat menyelesaikan masalahnya selama lamanya..

Encik Halim berfikir sejenak,
dan akhirnya berkata, " Lili, saya akan tolong menyelesaikan masalah awak,
tapi awak mesti dengar pesanan saya dan ikut apa yang saya arahkan..

Lili berkata, " Ye, Encik Halim, saya akan buat apa sahaja yang Encik Halim minta saya lakukan."

Encik Halim menuju ke dalam suatu bilik,
dan kembali beberapa minit kemudian bersama-sama sebungkus ubat herba..

Dia memberitahu Lili,
"Awak tak boleh gunakan racun yang bertindak balas dalam
masa yang singkat untuk melenyapkan ibu mertua awak,
kerana ramai orang yang akan berasa curiga dengan awak selepas itu.
jadi, saya akan memberi awak beberapa ubat herba yang
akan menghasilkan kesan racun secara perlahan lahan dalam badan wanita itu.





Setiap selang sehari, sediakan makanan-makanan yang sedap dan
letakkan ubat herba ni dalam hidangannya.
Sekarang ni, untuk pastikan tiada sesiapa pun yang akan mengesyaki awak apabila dia meninggal dunia, awak mestilah sangat berhati-hati dan berpura pura menjadi baik kepadanya.
Jangan bergaduh dengan dia, dan layanlah dia seperti seorang permaisuri."

Lili berasa sangat gembira..
Dia mengucapkan terima kasih kepada Encik Halim dan
bergegas pulang ke rumah untuk memulakan rancangan membunuh ibu mertuanya..

Setiap hari selama beberapa bulan, Lili menyediakan makanan yang istimewa untuk ibu mertuanya..
Dia sentiasa mengingati apa yang telah dikatakan oleh Encik Halim untuk mengelakkan sebarang rasa curiga, jadi dia mengawal kemarahannya, mematuhi perintah ibu mertuanya,
dan melayan wanita itu bagaikan ibu kandungnya sendiri..
Selepas 6 bulan berlalu, kehidupan di rumah itu telah berubah sama sekali.

Lili yang telah mula berlatih mengawal kemarahannya,
menyedari bahawa dirinya hampir tidak pernah
lagi 'naik angin' atau berasa 'bengang' dengan sesiapa..
Dia tidak pernah lagi bergaduh atau bertengkar dengan ibu mertuanya selama 6 bulan..
Ibu mertuanya juga kelihatan lebih baik dan mudah mesra dengannya..

Sikap ibunya juga berubah terhadap Lili,
dan dia mula menyayangi Lili seperti anak kandungnya sendiri..
Dia sering memberitahu rakan rakannya dan saudara mara
bahawa Lili merupakan menantu terbaik yang pernah dijumpainya..
Sekarang ini, hubungan antara Lili dan ibu mertuanya begitu
baik ibarat hubungan antara seorang ibu dan anak perempuannya..

Suami Lili begitu gembira dengan apa yang dilihatnya..

Suatu hari, Lili menemui Encik Halim untuk meminta bantuan pada lelaki itu lagi..





Dia berkata sambil menangis," Encik Halim, tolonglah saya.
Saya tak mahu racun yang saya berikan kepada ibu mertua saya membunuhnya!
Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik,
dan saya sayangkan dia bagaikan ibu kandung saya sendiri.
Saya tak mahu dia mati sebab racun yang telah saya berikan kepadanya."

Encik Halim tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Lili, takde apa yang perlu dirisaukan.
Saya tak pernah bagi awak apa apa racun pun.
Ubat herba yang saya berikan sebenarnya adalah vitamin untuk meningkatkan kadar kesihatannya. Racun tersebut sebenarnya berada dalam pemikiran dan sikap awak terhadapnya,
tapi telah pun dicuci bersih dengan kasih sayang yang awak berikan kepadanya."

Pernah tak kadang-kadang kita terpikir,
layanan kita terhadap seseorang,
biasanya begitulah juga layanan orang itu terhadap kita?
(tapi kadang-kadang tak jugak..hehehe)

apa yang penting,
biarlah orang melayan kita dengan buruk sekalipun,
tapi kita tetap melayan orang tersebut dengan baik..

No comments:

Post a Comment

PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI?

  #CreationofHeavenandEarth PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI 6 HARI ATAU 8 HARI? Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang me...